Jumaat, 30 Julai 2010

Guru dinasihat guna tiket secara profesional

KUALA LUMPUR 28 Julai - Golongan guru yang kini mendapat 'tiket' untuk bergiat aktif dalam politik dinasihatkan supaya menggunakannya secara profesional agar tugas mendidik sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Langkah itu perlu kerana guru merupakan golongan yang amat berpengaruh dan lebih diyakini dalam masyarakat.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, para guru seharusnya sedar batas-batas yang perlu dipatuhi jika mereka mahu berkecimpung dalam politik.

"Jika mereka berada di dalam kelas, seharusnya ideologi politik yang dipegang ditinggalkan di luar kelas dan fokus pada tugas mendidik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, pindaan itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting sebagai pemimpin masyarakat dalam sejarah politik negara.

Mohd. Ali bagaimanapun mencadangkan agar Kementerian Pelajaran memantau penyertaan guru-guru yang menyertai politik setiap masa supaya mereka tidak lari daripada menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

"Jika terdapat bukti adanya guru yang berpolitik di dalam kelas, pindaan ini seharusnya dikaji semula," katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Guru-Guru Bersara Kedah (Cawangan Kulim/Bandar Bharu) Mohd. Khir Hassan berkata, guru mempunyai tugas penting di sekolah untuk mendidik anak bangsa dan perlu bijak menyeimbangkan tugas sebagai pendidik dan berpolitik.

"Tidak salah jika guru aktif dalam politik namun mereka perlu berwaspada agar tugas sebagai guru tidak diabaikan.

"Saya juga dulu pernah bergiat aktif dalam politik namun hanya aktif di peringkat cawangan kerana tidak mahu tugas sebagai guru terjejas," katanya.

Tambahnya, guru-guru yang aktif berpolitik juga perlu bertanggungjawab dan tidak menyebarkan dakyah politik dengan memburukkan imej kerajaan kepada pelajar di sekolah.

"Pelajar percaya dan yakin dengan apa yang dikatakan oleh guru mereka kerana separuh daripada masa para pelajar dihabiskan dengan guru.

"Jangan rosakkan minda pelajar dengan politik yang menyimpang dan memecahbelahkan negara," katanya.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohamed Arsad pula berkata, penyertaan guru dalam politik secara tidak langsung membolehkan mereka menjadi wakil kerajaan mendampingi rakyat.

Menurutnya, pembabitan itu dijangka mengubah senario politik negara terutamanya dalam menentukan hala tuju kemajuan negara.

"Guru merupakan kelompok manusia yang ada di mana-mana sahaja dalam komuniti masyarakat dan sentiasa berkhidmat serta menyumbang bakti secara ikhlas dan terarah untuk tujuan kebaikan.

Sementara itu Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, pengetua dan guru besar sekolah perlu menyelia dan memantau dengan rapi setiap guru supaya mereka tidak berpolitik di dalam kelas.

"Jika wujud, satu tindakan tegas harus diambil sebagai pengajaran kepada guru-guru lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa: Perspektif Pembangunan Inklusif: Melingkungi Kepelbagaian dan Mencipta Masyarakat Yang Sensitif Kecacatan di Kuching hari ini.

Fatimah memberitahu, guru merupakan seseorang yang mempunyai ketokohan dan kepimpinan yang jelas dan merupakan aset kepada parti politik.

Korea tingkat kerjasama pendidikan


Muhyiddin Yassin dan Noorainee Abdul Rahman tertarik melihat robot penyedut hampagas keluaran Samsung sewaktu melawat Samsung City di Seoul, semalam. - BERNAMA


SEOUL 28 Julai - Malaysia dan Korea Selatan bersetuju meningkatkan kerjasama dalam membangunkan sektor pendidikan termasuk meningkatkan mutu mata pelajaran teknik dan vokasional serta penggunaan teknologi maklumat (IT) di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia berharap dapat memeterai perjanjian persefahaman (MoU) mengenai perkara itu semasa kunjungan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak ke Kuala Lumpur sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, perkara itu dibincangkan dengan Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Un-Chan dalam kunjungan hormat beliau ke atas pemimpin berkenaan hari ini.

'Korea Selatan mengguna teknologi untuk mengembangkan pelajaran mereka, ini satu bidang yang kita boleh bekerjasama," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, selain kedua-dua perkara berkenaan, MoU tersebut juga akan mencakupi kerjasama dalam aspek pembangunan kurikulum pendidikan guru serta pembangunan sukan di sekolah.

Katanya, Korea Selatan sudah membangunkan sistem e-Pelajaran iaitu Sistem Maklumat Pendidikan Nasional (NIES) yang boleh dicontohi oleh Malaysia.

"Dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Korea Selatan itu, saya juga mengucapkan terima kasih kerana telah membantu Malaysia dalam Dasar Pandang ke Timur.

"Menerusi dasar itu kita menghantar 60 penuntut ke Korea Selatan setiap tahun dan kini hampir 800 penuntut telah mendapat manfaat daripada program itu," jelasnya.

Jelasnya, dalam pertemuan itu juga, Perdana Menteri berkenaan terus menawarkan pemberian biasiswa untuk penuntut Malaysia belajar di Korea Selatan dan ia bukan sahaja untuk program ijazah pertama malah ijazah lanjutan. - Utusan

"Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana tawaran itu dibuat secara terbuka," jelasnya.

Menurutnya, Korea Selatan juga berminat mengadakan kerjasama dalam bidang penghasilan tenaga daripada nuklear namun keputusan Malaysia mengenai perkara itu belum muktamad.

sumber: Utusan Online

Sekolah pelajar hamil diteruskan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 28 Julai - Biarpun hasrat Melaka menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung tidak mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran namun rancangan tersebut tetap akan diteruskan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai pengerusi bagi menggerakkan penubuhan sekolah berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pelantikan Ab. Rahaman itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut beliau, ia merupakan komitmen kerajaan negeri yang serius untuk menubuhkan sekolah tersebut biarpun terdapat beberapa pihak memperlekehkan cadangan mengenainya.

''Saya mencadangkan perkara ini bukan untuk suka-suka tetapi berdasarkan pandangan banyak pihak menerusi rumusan setiap seminar menangani gejala sosial sebelum ini.

''Tiada jalan penyelesaian yang boleh dibuat sekali gus menyelesaikan masalah ini sehinggalah kerajaan negeri mencadangkan perkara ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chua Kheng Hwa (BN-Bemban) pada sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Ketiga kali ke-12 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Cadangan penubuhan sekolah untuk gadis mengandung yang diumumkan oleh Mohd. Ali baru-baru ini tidak mendapat sokongan pelbagai pihak kerana menyifatkannya sebagai tiada keperluan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula menyifatkan ia suatu idea yang pelik dan tidak sesuai dilaksanakan.

Tambah Mohd. Ali, sekiranya sekolah pelajar hamil itu berjaya ditubuhkan, ia diharap mampu membantu golongan terbabit mengharungi kehidupan sepanjang tempoh mengandung.

''Tiada salahnya jika sekolah ini diwujudkan kerana ia bertujuan baik dan digalakkan oleh semua agama termasuk Islam, apatah lagi cadangan itu turut dipersetujui oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),'' katanya,

Kesatuan guru Melayu sokong hasrat mansuh UPSR, PMR

MARAN 28 Julai - Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyokong penuh hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Mohamed Arsad berkata, cadangan itu wajar kerana kedua-dua peperiksaan tersebut tidak lagi relevan dengan dasar pendidikan masa kini.

''Fungsi UPSR dan PMR kurang jelas kerana keputusan peperiksaan saban tahun terus meningkat walaupun mata pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.

''Malah murid yang mendapat D dalam mata pelajaran PMR sudah dikira lulus,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengulas persidangan meja bulat membincangkan cadangan memansuhkan peperiksaan tersebut di sini hari ini.

Tambah beliau, penilaian UPSR dan PMR lebih kepada penilaian kognitif iaitu pengujian yang menggunakan pensil dan kertas manakala Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) yang mungkin menggantikan peperiksaan itu mempunyai kelebihan sendiri.

Mohamed Sabri berkata, pelajar yang dinilai melalui PKBS diuji melalui pemerhatian, amali, lisan dan intelek.

Menurutnya, PKBS mampu mengubah tanggapan ibu bapa dan masyarakat tentang kelebihannya kerana mereka boleh berbincang dengan guru tentang kelemahan pembelajaran anak-anak.

''Keputusan UPSR dan PMR adalah dalam bentuk A, B, C, D dan E tetapi penilaian PKBS lebih lengkap serta mudah difahami ibu bapa dan ia membolehkan guru membantu pelajar menguasai kemahiran,'' katanya.

Dalam pada itu, katanya, KGMMB menyambut baik langkah Kementerian Pelajaran mengembalikan semula sekolah vokasional dalam melahirkan tenaga kerja separuh mahir di negara ini.

"Saya gembira kerana 26 sekolah teknik telah kembali menjadi sekolah vokasional yang secara tidak langsung memberi ruang kepada pelajar kurang berjaya dalam akademik meneruskan pengajian mereka,'' ujarnya.

sumber: http://www.utusan.com.my/

Selasa, 27 Julai 2010

Laporan Majlis Nisfu Syaaban




Semua berdiri macam saya ni. Mungkin itulah kata2 Ustaz Din
( bersiap untuk Solat Zuhur )


Bersiap sedia untuk bacaan Yassin



PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN WARGA SEKOLAH menganjurkan majlis bacaan Yassin sempena Nisfu Syaaban.

Aturcara Majlis yang seperti berikut:
1.45- murid berkumpul di Dewan.
2.00- Solat Zuhur dan hajat berjamaah
2.20- Bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Sharipuddin Mohd Nor
2.45- Majlis bersurai

Disini disertakan Gambar:



disediakan oleh:

WAN ARIFF WAN ZAKARIA
Ketua Panitia Pendidikan Islam


Guru siswazah dibenarkan berpolitik semula


15 Syaaban 1431H.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

- Bernama

Ahad, 25 Julai 2010

PERTUKARAN MASA MAJLIS BACAAN YASSIN ( NISFU SYAABAN )


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN WARGA SEKOLAH menganjurkan majlis bacaan Yassin sempena Nisfu Syaaban.

Aturcara Majlis yang dicadangkan seperti berikut:
1.45- murid berkumpul di Dewan.
2.00- Solat Zuhur dan hajat berjamaah
2.20- Bacaan Yassin yang akan diketuai oleh Ustaz Sharipuddin Mohd Nor
2.45- Majlis bersurai


disediakan oleh:

WAN ARIFF WAN ZAKARIA
Ketua Panitia Pendidikan Islam

Sabtu, 24 Julai 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN ( NISFU SYAABAN )

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN WARGA SEKOLAH menganjurkan majlis bacaan Yassin sempena Nisfu Syaaban.

Aturcara Majlis yang dicadangkan seperti berikut:
7.45- murid berkumpul dimedan perhimpunan.
7.50- Bacaan Yassin yang akan diketuai oleh Ustaz Sharipuddin Mohd Nor
8.20- Solat Hajat berjamaah
8.45- Majlis bersurai


disediakan oleh:

WAN ARIFF WAN ZAKARIA
Ketua Panitia Pendidikan Islam

ASTRO BARU

MAKLUMAN ...

Sek. Keb. Mulong 2 telah mendapat TV dan Astro Versi baru yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Siaran yang dibekalkan sebanyak 13 siaran. Jadual akan diatur dalam masa terdekat ini untuk kemudahan kelas-kelas yang terlibat.Terima kasih .

Penyelaras Astro Sekolah:
Wan Ariff Wan Zakaria

Jumaat, 23 Julai 2010

Laporan Bola Sepak bawah 8 tahun

Perlawanan yang melibatkan Sek. Keb. Mulong 2 dan Sk. Bunut Payung bermula tepat jam 9.40 pagi.
murid-murid ditemani oleh keluarga masing-masing. Guru pengiring Sir Zuha dan Cikgu W. Ahmad Yanee mengurus murid. Perlawanan dihentikan selepas 5 minit perlawanan bermula kerana masalah tenikal. Pasukan sekolah kita terpaksa menarik diri kerana masalah tenikal yang tidak dapat diselesaikan dengan penganjur kejohanan.
disini disertakan dengan gambar perlawanan dan kelab penyokong yang didatangi khas oleh Ustaz Wan Ariff.
.Perlawanan dimulakan , SKM 2 berjersi putih

Pasukan SKM 2 mengawal perlawanan dan penganjur menghentikan perlawanan.

Cikgu Wan Ahmad Yanee mewakili pihak sekolah memohon maaf kepada ibu bapa atas kesilapan tenikal.
Para pemain berjalan keluar dengan penuh kekecewaan. Begitu juga dengan 2 orang kelab penyokong yang berbaju merah nampak kecewa
walaupun tidak dapat meneruskan perlawanan, sempat juga kelab penyokong bergambar

Kelab Penyokong berjalan keluar dari Astaka Stadium dengan kekecewaan.



Laporan oleh : Ustaz Wan Ariff
( setiausaha sukan SKM2 )

Khamis, 22 Julai 2010

PERTANDINGAN BOLA SEPAK TAHUN 2

Sek. Keb. Mulong 2 akan menghantar wakil ke pertandingan bola sepak bawah 8 tahun esok.
Pertandingan dijalankan secara liga dan bertempat di stadium Sultan Muhammad iv.
Jurulatih: sir Zuha dan Cikgu W. Ahmad Yanee.
Semua staff dijemput hadir untuk memberi sokongan.
sekian

SEMAKAN PTK JULAI 2010

salam,
kepada semua staff yang terlibat dgn peperiksaan PTK bolehlah menyemak keputusan peperiksaan dengan telefon masing-masing.
caranya taipkan ( PTK BAIK N0 ic send ke 15888.
sekian makluman. selamat berjaya

Selasa, 20 Julai 2010

Kesatuan guru setuju mansuh UPSR, PMR


PUTRAJAYA 19 Julai – Kesatuan-kesatuan guru bersetuju dengan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada perbincangan Meja Bulat pertama di sini hari ini.

Bagaimanapun, pemansuhan itu bersyarat dengan menggantikan kedua-dua peperiksaan awam tersebut dengan ujian penilaian lain untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.

Perbincangan Meja Bulat yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 5.30 petang itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan disertai kesatuan-kesatuan guru, wakil-wakil institusi pengajian tinggi (IPT) dan wakil-wakil guru.

Bercakap kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Pengerusi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohd. Arsad berkata, fungsi sebenar UPSR dan PMR kurang jelas kerana ia berasaskan penilaian kognitif melibatkan penilaian intelek semata-mata.

“PMR dan UPSR boleh diertikan sebagai penilaian yang hanya menggunakan pensil dan kertas sahaja kerana tidak melibatkan bentuk penilaian yang meluas,” katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng pula berkata, pihaknya sebelum ini memang menyatakan pendirian mereka menyokong cadangan pemansuhan PMR dan UPSR.

sumber: Utusan Malaysia